Pernah rasa ke??
Atau aku je yang kena??
Dunia oh dunia....
Aku diam bukan bermakna aku senang dibuli.Aku lebih suka melihat keadaan sebelum bertindak. Takut nanti tindakan aku akan menyebabkan orang sekeliling salah faham.
Penat!!
Letih!!
Lelah!!
Tapi aku harus bertahan. Bertahan untuk belajar tentang hakikat hidup. Hakikat hidup yang memang menyakitkan.
Hahahaha......
Mukadimah panjang sangat kot..
citenye tak mula lagi....
Bukan nak mengungkit, tapi belajarla untuk hormat orang walaupun hanya sebesar zarah.Aku akui, aku tak suka berada dibumi tanjung malim tapi aku terpaksa kuatkan juga untuk menuntut ilmu, untuk memenuhi impian mama dan abah dan mungkin juga bakal impian aku. Aku lebih suka menghabiskan masa aku dibilik hostel sepanjang masa. Aku tak nak melihat senyuman hipokrit dari orang sekeliling aku.
Aku akan jadi kawan mereka apabila aku akan mendatangkan manfaat kepada mereka sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi tenaga. Mereka melihat aku sebagai lubuk untuk mendapatkan bahan assignment mereka malah menggunakan aku untuk mendapatkan markah tinggi. Aku cukup terkilan dengan semua itu.
Apa sebenarnya maksud kawan bagi mereka??
atau aku yang tak layak untuk digelar kawan??
(mama, adik rindu mama)
(adik rindu abah juga)
Sekarang aku hanya ingin keluar dari bumi tanjung malim, tapi aku tak mampu.Teringin sangat berada dalam pelukan mama. Rindu ciuman dari abah. Segalanya bermain di fikiran.
Yang lebih teruk lagi ada yang memburukkan aku dibelakang kalau mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan dari aku. Datang jumpa aku baik je, siap burukkan orang lain depan aku. Pastu bila belakang aku , akulah raja segala setan kat dunia ni. Siap kata aku plak yang suka mengata.
Mama, adik tengah merasai hakikat dunia yang pernah mama bagitahu sebelum adik berangkat ke sini. Terlalu menyakitkan . Semuanya dihadapi seorang diri.
hahahaha....
emosional plak aku malam ni...
(jangan tiru aksi ini)
Apa lagi yang bakal aku hadapi selepas ini???
atau aku mungkin akan terus di pergunakan??
Hati aku sudah mula berdarah kembali!!
Sabar hati..
tetaplah dengan pendirianmu untuk jdi suriati yang baru.
Bukan suriati yang lama.
(panas baran beb!!)

No comments:
Post a Comment