Welcome to our Blog

Monday, January 16, 2012

Dinner at Jeram

Best giler kot semalam. Pengalaman makan bersama family di Jeram. Seriously aku katakan , tempat tu memang best. Kami sampai disana dalam pkul 6.30 ptg. Nak cari parking terdekat memang mudah sbb kawasan parking yang disediakan mencukupi. Aku rasa tempat tu dah mcm pesta.Ramai betul orang. Tapi yang x best apabila kami terpaksa berebut untuk mendapatkan tempat terutamanya gazebo.


Kami dapat gazebo yang besar berhadapan dengan pantai. Setiap gazebo dikenakan caj mengikut saiz, tempat yang kami duduk tu dicaj 20 hinggit. xyah share2 tempat duduk dan buatlah mcm rumah sendiri. Pemandangan matahari terbenam di ufuk barat mmg cantik. Aku x lepaskan peluang untuk merakamkan detik itu. Duduk atas batu, menikmati pemandangan dengan ditemani angin sepoi2 bahasa dan diselangi dengan karenah anak buah. Hari tu memang menceriakan hati aku. Kalaulah aku dapat bawa bf aku join dengan keluarga aku kan best. Satu keluarga bahagia gitu.


Kakak dan abang ipar aku ke depan untuk memilih seafood . Jujur aku katakan pekerja kat sana x cukup untuk layan semua pelanggan. Kami terpaksa memanggil budak yang ambik order tu 3 x, barulah order kami di ambik. Mula-mula rasa bengang juga, tapi bila fikir balik xpela, mereka x dan tangan nak melayan pelanggan seramai tu.Tapi semua tu terubat bila makanan kami sampai. Hampir setengah jam, semua makanan yang kami tempat sampai.

Masakan mereka memang memuaskan. Sedap , cukup rasa dan segar. Malam tu aku paling suka makan adalah kerang bakar, cara dia bakar tu sedap sbb kesegaran kerang tu masih terasa walaupun selpas dibakar.Buat kalu pertamanya aku makan ikan kerapu. Superb! Ikannya segar dan masakan juga sdap.


Abah hari tu makan berselera sekali bila dia dapat makan udang dan lala kegemarannya. Semalam adalah hari  abah makan paling banyak. Harga dia pun berpatutan. Semua sekali harganya RM 170. Aku suggest kepada sesapa yang nak makan banyak dan sedap, datangla sini. Restoran ni terletak di sebelah kiri selepas medan ikan bakar Jeram, Kuala Selangor. Tersadai semuanya lepas makan semalam. Kenyang sangat.


No comments:

Post a Comment