Welcome to our Blog

Friday, January 13, 2012

Heavy ...

Huh....cepat betul masa berlalu. Sedar x sedar aku dah memasuki zon perang. Hehehehe...Perangla sangat. Sebenarnya hari ni aku ada final exam untuk subject major aku. Hardcore! Subject dah buat aku tension banyak kali. Kekadang terfikir juga kenapa aku perlu ambik program ni. Biasalah, nak penuhi impian mama dan abah aku. Katanya nak tengok aku jadi seorang guru macam kakak aku.

InsyaAllah, akan aku penuhinya.

Mata aku ni x menunjukkan tanda-tanda letih, maklumlah hari ni sehari dah aku tido. Lepas kena penangan kertas English. Propa je lebih. Biasala bila hujung sem banyak barang yang perlu dikemas sebelum balik kampung. Kemas macam nak pindah rumah bagai tapi sebenarnya nak mengurangkan habuk dan mengelak daripada sesawang membiak dalam bilik ni.  Badan letih yang teramat, seharian aku tido lepas paper English.

Bila bangun je tido memang bersemangat untuk belajar Data structure ni. Dah hampir 4 jam aku tenung nota dia ngan latihan projek akhir yang telah dibuat. Lagi aku tenung, lagi hilang semua perasaan aku. Macam tikus tengok besi. Entah apa-apa. Dah macam xde perasaan kat subject ni. Tapi usaha ini perlu diteruskan juga.

 heheheh....panjang lebar plak komentar aku malam ni. 
dah macam orang merdeka dari final exam.

Bukan apa, daripada aku duk melayan fikiran yang asyik merewang ni (bf aku cakap menceceh), baik aku curhatkan segalanya dalam blog aku ni. Nak berwebcam dengan anak-anak buah, pasti semuanya dah tido, nak borak ngan mama dan abah samalah jugak. Yang pasti hari ni xleh nak online ngan bf aku sebab  dia tengah keja. Nak siapkan report kejanya tadi katanya. Semoga segala urusan orang yang aku sayang dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Apa-apa pun nak kena teruskan perjuangan yang masih bersisa beberapa jam sahaja lagi....

pssssstt : Doakan aku berjaya ye. 
Amin.:D

No comments:

Post a Comment